Siapakah kami?

THE MALAYSIAN RESEARCH & EDUCATION NETWORK (MYREN)

Malaysian Research and Education Network (MYREN) dilancarkan pada bulan Mac 2005 merupakan rangkaian yang berkelajuan tinggi khusus untuk sektor pendidikan di samping untuk memperluaskan penyelidikan di Malaysia. MYREN adalah projek di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di bawah pengurusan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Suatu komuniti rangkaian yang dihubungkan melalui 7  Point of Presence (PoP) serantau yang terdiri daripada lebih 800 ribu penyelidik, ahli akademik dan pelajar di seluruh Malaysia membolehkan mereka saling bekerjasama untuk menjalankan aktiviti pendidikan dan penyelidikan di seluruh negara. Setakat ini, MYREN menghubungkan semua universiti awam dan swasta,  politeknik, dan kolej komuniti serta beberapa hospital yang menawarkan jurusan medikal secara praktikal. MYREN terus berusaha untuk menarik minat institusi penyelidikan, universiti swasta, kolej dan hospital di Malaysia untuk menggunakan perkhidamatan yang disediakan oleh MYREN.

MYREN dihubungkan dengan Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Kebangsaan (NREN) melalui talian Trans-Eurasia Information Network (TEIN4) sejak 2006 yang menjadikan Asia Pasifik sebagai pintu masuk bagi kerjasama global dan membolehkan lebih 50 juta pengguna dan 8000 pusat penyelidikan dan akademik untuk mengambil bahagian dalam projek bersama yang disertai oleh ahli-ahli dari bahagian Asia yang lain, Eropah, Amerika Syarikat dan benua lain.

Mengapa MYREN?

  • Transformasi pendidikan tanpa sempadan
  • Membolehkan pelaksanaan pendidikan global dan penyelidikan daripada  pelbagai sudut
  • Portfolio komprehensif berkeupayaan untuk rangkaian “end-to-end”, cloud dan kepercayaan yang membolehkan komuniti  bekerja dengan cara yang baharu.
  • Mempercepatkan penemuan penyelidikan, memajukan pendidikan pada peringkat negara dan global
  • Mencari, menggunakan dan menentukan bukan sahaja teknologi dan aplikasi yang baru, tetapi model  berpendidikan dan ekonomi untuk mengembangkan generasi baru R & E.
  • Kerjasama dalam sektor pendidikan
  • Hadapan sempadan dalam pendidikan dan teknologi penyelidikan.