Aplikasi Terkini

perfSONAR merupakan alat pengukur rangkaian yang direka untuk menyediakan liputan laluan dan membantu menyediakan jangkaan penggunaan hujung ke hujung. Terdapat lebih 1000 contoh perfSONAR yang digunakan di seluruh dunia, kebanyakan adalah digunakan untuk ujian terbuka iaitu langkah utama untuk menguji prestasi rangkaian. Infrastruktur global ini membantu untuk mengenal pasti dan mengasingkan masalah apabila ianya berlaku, menjadikan peranan dalam menyokong pengguna rangkaian lebih mudah untuk pasukan kejuruteraan dan meningkatkan produktiviti semasa mengunakan sumber-sumber rangkaian.

 

perfSONAR menyediakan antara muka (“interface”)  yang seragam yang membolehkan jadual pengukuran, penyimpanan data dalam format yang seragam, dan aturan yang fleksibel untuk mendapatkan data dan menjana visualisasi. Penyeragaman sistem ini boleh diubah suai untuk menyokong metrik yang baharu, dan berkemungkinan tiada batasan dalam perbentangan data.

 

Apa itu eduroam?

Eduroam atau lebih dikenali sebagai ‘education roaming’ ialah akses perantauan servis yang selamat digunakan di seluruh dunia untuk penyelidikan antarabangsa dan komuniti pendididikan.

Bermula di Eropah, eduroam telah mendapat momentum di seluruh komuniti penyelidikan serta pendidikan dan kini boleh diakses di 72 buah wilayah.

Eduroam membenarkan pelajar, penyelidik dan staf daripada institusi-institusi yang terlibat untuk menerima sambungan Internet di seluruh kampus dan apabila melawat institusi-institusi terlibat hanya dengan membuka komputer riba mereka.

Versi generik eduroam

https://www.youtube.com/watch?v=TVCmcMZS3uA#action=share

Bagaimana eduroam berfungsi

Eduroam membolehkan mana-mana pengguna dari laman eduroam yang terlibat untuk mendapatkan akses rangkaian internet daripada mana-mana institusi yang berhubung dengan eduroam. Pengguna eduroam juga mempunyai sumber tambahan di tapak pelupusan mereka bergantung kepada polisi-polisi tempatan di institusi yang dilawati.

Identiti pengguna selamat disimpan kerana eduroam tidak berkongsi dengan mana-mana pihak tentang laman web yang anda lawati. Sebaliknya, mereka mengarahkan ke laman utama institusi pengguna di mana mereka dapat mengesahkan dan disahkan.

Sistem ini menggunakan rangkaian laman pelayan yang dikendalikan oleh pihak institusi dan pihak Penyelidikan dan Pendidikan Rangkaian (NRENs) yang terlibat untuk menghala permintaan-permintaan ini ke laman utama institusi berkenaan dengan selamat. Semua ini berlaku dengan lancar – terima kasih eduroam!

Adakah eduroam selamat digunakan?

Eduroam berasaskan enkripsi yang paling selamat digunakan dan akreditasi yang mengikut piawaian pada hari ini. Tahap keselamatannya menjangkaui hotspot komersial yang biasa.

Berhati-hati apabila menggunakan Internet awamdi kawasan hotspot eduroam kerana langkah sekuriti yang telah di-implementasi di kawasan hotspot itu akan dikenakan pada anda juga. Contohnya, tetapan peranti tembok api di kawasan yang dilawati mungkin berbeza dengan yang pernah kita gunakan di rumah, dan sebagai tetamu, anda mungkin mempunyai limit akses ke beberapa perkhidmatan di Internet berbanding di rumah.

 

 

Perkhidmatan NRENum.net adalah satu perkhidmatan pengguna akhir ENUM yang dijalankan oleh GÉANT (sebelum ini dikenali sebagai TERENA) dan NRENs yang terlibat (Penyelidikan Kebangsaan dan Rangkaian Organisasi Pendidikan). Perkhidmatan ini bertujuan khususnya dalam bidang akademik. NRENum.net dianggap sebagai suatu perkhidmatan pelengkap dan alternatif pokok ENUM emas yang sah. Domain “nrenum.net” digunakan untuk menyediakan prasarana dalam DNS untuk menyimpan nombor E.164. Perkhidmatan NRENum.net termasuk operasi akar Tier-0 DNS(s) dan pembahagian kod negara untuk pendaftaran NRENum.net.

“NRENum.net” adalah tanda niaga berdaftar komuniti GÉANT

14 April 2016, MYREN menyertai dan dikenakan kod negara yang ke-36 yang kemudian diserahkan kepada NRENum.net.