Permohonan Keahlian

Pertanyaan untuk menjadi ahli baharu/struktur bayaran/ terma dan syarat perkhidmatan boleh dibuat pada helpdesk@myren.net.my atau hubungi kami di 03- 8318 3151.

Permohonan ahli baharu boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Perkhidmatan di bawah dan email kepada helpdesk@myren.net.my. Pejabat pentadbiran akan hubungi anda untuk pengaturan sambungan.

Para pengguna yang ingin menukar jalur lebar semasa melanggan hendaklah mengemukakan permintaan perubahan melalui Borang Perkhidmatan di bawah.

Sebarang perubahan perkhidmatan akan diperuntukkan menurut susur masa berikut bergantung kepada jenis permintaan:

  1. Penyediaan perubahan jalur lebar (tanpa apa-apa naik taraf port) adalah dalam masa 7 hari bekerja untuk sambungan domestik  dan 14 hari bekerja untuk sambungan antarabangsa.
  2. Penyediaan perubahan jalur lebar (dengan naik taraf port) adalah dalam tempoh 14 hari bekerja untuk sambungan domestik dan 30 hari bekerja untuk sambungan antarabangsa.

Pengguna perlu mengemukakan permintaan mengikut garis masa di atas. Sebarang perubahan permintaan perkhidmatan yang berlaku dalam tempoh langganan keahlian 1 tahun yang sedia ada, yuran perkhidmatan keahlian baru akan diguna pakai secara pro-rata. Sekiranya berlaku perubahan turun taraf jalur lebar, perbezaan dalam bayaran perkhidmatan keahlian akan dilanjutkan untuk kegunaan masa depan pengguna. Sebarang perubahan dalam yuran langganan terletak dalam bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi.

Muat turun Permohonan Perkhidmatan / Borang Pertukaran Perkhidmatan (Format PDF)

Perkhidmatan Terma dan Syarat diwujudkan bagi memastikan bahawa pengguna MYREN disediakan dengan tahap perkhidmatan yang boleh diterima, dan dalam masa yang sama untuk memastikan bahawa pengguna mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Terma dan Syarat ini adalah merujuk kepada ahli-ahli setelah sambungan kepada rangkaian itu terjalin, dan selagi ahli-ahli masih berhubung dalam rangkaian.

Terma dan Syarat Perkhidmatan MYREN 2017 (Format PDF)

Tempoh langganan minimum untuk semua pengguna MYREN adalah 1 tahun. Pengguna yang bercadang untuk menamatkan sambungan MYREN sebelum tempoh langganan minimum perlu mengemukakan permintaan melalui Borang Penamatan Perkhidmatan. Borang yang telah lengkap perlu dihantar melalui email kepada Pejabat Pentadbiran MYREN. MYREN tidak akan bertanggungjawab untuk membayar semula yuran langganan, jika penamatan dibuat kurang daripada tempoh langganan perkhidmatan yang minimum.

Muat Turun Borang Penamatan Perkhidmatan ( Format PDF)

Laporan kerosakan, pengurusan pemulihan kerosakan dan pemulihan untuk kesalahan yang tidak kritikal adalah dalam tempoh 2 jam. Pengguna boleh melaporkan kerosakan melalui :

Helpdesk : 603 – 8318 3151
Fax : 603 – 8318 5034
E-mail : helpdesk@myren.net.my