MALAYSIAN RESEARCH AND EDUCATION NETWORK (MYREN)

Malaysian Research and Education Network (MYREN) telah dilancarkan pada Mac 2005 dan kini berada di bawah tadbir urus Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). MYREN merupakan rangkaian berkelajuan tinggi khusus untuk memperluaskan sektor penyelidikan dan pendidikan di Malaysia. Projek ini menyokong hasrat negara untuk membangunkan masyarakat progresif berasaskan kemajuan sains dan teknologi.

hero-image shape shape
INFO MYREN

MALAYSIAN RESEARCH AND EDUCATION NETWORK

Malaysian Research and Education Network (MYREN) merupakan jaringan jalur lebar yang didedikasikan khas untuk aktiviti pembelajaran dan penyelidikan. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Julai 2003 telah bersetuju dengan cadangan daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) akan perkara-perkara berikut:

- Malaysia menawarkan untuk menjadi Pusat Serantau Asia Tenggara bagi jaringan penyelidikan Trans-Eurasia Information Network (TEIN South East Asia Hub - SEA Hub) iaitu sebuah projek di bawah naungan Asia-Europe Meeting (ASEM).
- Membangunkan jaringan penyelidikan tempatan iaitu Malaysia Research and Education Network (MYREN). Kerajaan Malaysia membiayai sebahagian kos pelaksanaan bagi kedua-dua projek iaitu TEIN South Asia Hub – SEA Hub dan MYREN.

Susulan daripada itu, MYREN telah dilancarkan pada Mac 2005 dan pada ketika itu adalah di bawah pentadbiran KTAK. Bersesuaian dengan penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi serta sebagai pengguna utama MYREN, Jemaah Menteri pada 19 Disember 2008 mengambil maklum akan nota dari Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi: H774/2008 mengenai penyerahan projek MYREN dari KTAK kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Sehingga kini, pengurusan dan pelaksanaan projek MYREN adalah di bawah KPT.

Rangkaian MYREN yang pada permulaannya menghubungkan 12 Universiti Awam sahaja kini meliputi 166 institusi terdiri daripada 20 Universiti Awam, 3 Universiti Swasta, 33 Politeknik, 102 Kolej Komuniti, 4 Hospital Pengajar Universiti dan 4 agensi di bawah KPT. Perancangan peluasan rangkaian MYREN akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Melalui MYREN, 166 institusi tersebut mendapat akses secara terus kepada rangkaian pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan antarabangsa yang diliputi oleh jaringan Trans-Eurasia Information Network (TEIN).
Ini termasuklah institusi-institusi luar negara yang dihubungkan ke TEIN melalui Pan-European Research and Education Network (GEANT), INTERNET2 USA, Korea Advanced Research Network (KOREN), China Education dan Research Network (CERNET), Japan Science Information Network (SINET) dan jaringan-jaringan penyelidikan di negara-negara ASEAN.



about-image


MATLAMAT & MANFAAT

MATLAMAT DAN MANFAAT MYREN

MYREN yang dihubungkan melalui 7 Point of Presence (PoP) berperanan untuk menghubungkan ahli akademik, penyelidik, dan saintis di seluruh negara melalui rangkaian yang berkelajuan tinggi. Rangkaian ini merupakan telco yang neutral dan beroperasi dalam persekitaran dwi timbunan (IPv4/IPv6). Tujuh lokasi PoP di seluruh Malaysia iaitu di Pusat Data Enstek Kementerian Pendidikan Malaysia (PoP Central 1), Universiti Malaya (PoP Central 2), Universiti Sains Malaysia (Northern PoP), Universiti Teknologi Malaysia (Southern PoP), Universiti Malaysia Pahang (East PoP), Universiti Malaysia Sabah (Sabah PoP) dan Universiti Malaysia Sarawak (Sarawak PoP) menjadi titik sambungan antara semua ahli MYREN di Malaysia.

Rangkaian MYREN yang turut dihubungkan melalui Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Kebangsaan (NREN) membolehkan komuniti rangkaian MYREN saling bekerjasama dan berkomunikasi secara terus untuk menjalankan aktiviti pendidikan dan penyelidikan di seluruh negara. MYREN juga menyokong peranan NREN yang menjadi pemacu utama dalam memenuhi keperluan pendidikan dan penyelidikan, komunikasi dan kolaborasi yang cekap dan efektif.

HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami
jika perlukan maklumat lanjut.
ᡣ𐭩...

Laman web

www.myren.net.my

Emel

contact-us [at] myren.net.my